5 PETUA MENGECILKAN PERUT BUNCIT SELEPAS BERSALIN

Biasanya kaum hawa pasti akan gusar dan gelisah apabila selepas bersalin, kebiasaanya kebanyakan daripada mereka akan mendapat satu masalah iaitu perut buncit. 
Macam-macam cara akan dilakukan untuk mengecilkan perut buncit selepas bersalin, dan ada juga ibu-ibu moden masa kini mengambil supplement untuk mengecilkan perut buncit mereka. Jika tidak berani mengambil supplement anda juga boleh cuba cara tradisional.
5 Cara untuk mengecilkan perut buncit ialah :
  1. Campurkan sedikit cuka, garam dan kunyit kemudian kisar. Tampalkan bahan kisaran pada perut dan balut dengan bengkung ketika dalam tempoh berpantang.

  2. Potong halia lebih kurang saiz 3/4 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam 15 biji. Kisar kesemuanya. Tapis dan minum airnya.

  3. Campur sedikit beras dan kisar halus.  Kemudian campurkan dengan adunan cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu empat kali.

  4. Campurkan asam jawa, jadam dan air mendidih. Sapu adunan tersebut pada perut dan pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.

  5. Tumbuk beberapa potongan halia sehingga halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Makan bersama nasi panas. Selain membantu mengempiskan perut, ia memperbaiki pengaliran darah dalam badan.

Dan tips ana hanya sesuai digunakan oleh ibu-ibu sahaja tau dan bukanya orang yang belum menjadi ibu. Hehehe, selamat mencuba.

450 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.