REZEKI YANG TAK DI DUGA

REZEKI YANG TAK DI DUGA

Ini kisah lama dah, adalah dekat setahun yang lalu. Masa tu ana memang agak kesempitan kewangan, mana tidaknya selepas 3 hari dapat gaji terus tinggal RM10 di dalam wallet ana. Habis dah semua duit digunakan untuk bayar hutang.
Terdetik di hati ketika itu, macam mana ana nak teruskan baki 20 hari lagi berpaksikan RM10 nie. Alhamdulillah masa tu tak ada anak lagi, kalau ada anak macam mana nak belikan susu dan kelengkapan dia lagi.
Lama berfikir, last-last ana cakap takpe lah daripada fikir tak selesai masalah lebih baik aku solat sunat dhuha dulu, lagipun lambat lagi nak masuk kerja, jam pun baru pukul 8 pagi. Nanti jelah fikir.
Selepas solat sunat dhuha, Alhamdulillah hati terasa tenang seolah-olah tiada masalah melanda hati ketika itu, benar kata-kata Allah dengan mengingatinya hati menjadi tenang.
Selepas itu, hati ana terdetik untuk pergi ke mesin ATM, tapi sebelum nak cucuk kad tu pun fikir sejenak, cucuk je lah mana tau ada duit terpijak ke. Walhal memang ana dah tau dalam tu cuma tinggal RM10 sahaja.
Sekali ana cucuk kad tu kat mesin, sekali terpampang RM900 baki akaun ana, terfikir sejenak mana pula datang duit sebanyak nie? Ana hubungi keluarga semua, mereka kata mereka tak masukan duit pun. Selidik punya selidik rupa-rupanya itu adalah duit tamat kontrak semasa kerja di UKM. 

856 total views, 3 views today

6 Replies to “REZEKI YANG TAK DI DUGA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This