RAMADAN ‘PESTA MAKANAN’

Kadang-kala terfikir di minda, adakah bulan Ramadan adalah ‘Pesta Makanan’. Kenapa ana terfikir sedemikian rupa? Di dalam bulan Ramadan lah berlakunya begitu banyak pembaziran tidak kiralah daripada minunan ataupun makanan.

Terlalu banyak makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadan. Kadang kala ada 3 atau 4 gerai yang menjual juadah yang sama. Apabila kita beli begitu banyak makanan untuk berbuka seolah-olah kita sedang ‘berpesta makanan’.

Sebenarnya ianya bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan hampir seluruh dunia ianya berlaku. Sedangkan Islam tidak mengalakkan pembaziran kerana ianya adalah sifat syaitan.
Pembaziran ini berlaku pada amatan ana adalah kerana keasyikan dan keseronokan umat Islam dalam meraikan berbuka puasa dengan membeli pelbagai juadah yang tidak perlu sebenarnya. Itu yang membuatkan seseorang kadang kala terlupa akan matlamat asal berpuasa iaitu menahan diri daripada mengikut hawa nafsu.
Apa kata mulai hari ini, kita ubah cara kita berbelanja dalam membeli juadah berbuka. Jika kita hanya berdua, belilah juadah yang hanya mampu di makan dua orang bukannya membeli juadah yang sepatutnya di makan 4 orang. Kita mampu mengubahnya.

645 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

3 thoughts on “RAMADAN ‘PESTA MAKANAN’

  • 29/06/2015 at 4:23 PM
    Permalink

    sebab tu lah akak gigih masak sendiri drpd beli.. sbb bila beli konpem mcm² kita akan beli.. pastu belum tentu sedap! bila tak sedap mesti kita tak mkn dan buang.. berlaku lah pembaziran kan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.