RAMADAN KEMBALI LAGI

Bulan Ramadan kembali lagi menemui kita pada tahun ini. Selang beberapa jam lagi umat Islam di Malaysia kursusnya akan menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Malam ini juga kita akan melaksanakan solat terawih yang pertama pada tahun ini.
Namun, sudahkah kita bersedia menyambutnya? Adakah sudah ada azam dan matlamat untuk bulan puasa kali ini? Adakah kita sudah menetapkan KPI bagi mencantikan lagi ibadah puasa kita pada tahun ini.
Andai belum, masih belum terlambat untuk kita menetapkan azam dan matlamat kita. Pastikan puasa kali ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Gunakanlah masa 30 hari ini untuk kita perbaiki diri kita ke arah lebih baik. Insha Allah.
Di kesempatan ini ana ingin ucapkan selamat menyambut Puasa di bulan Ramadan yang penuh berkat nie. Ayuh sahabat kita pastikan Ramadan kali ini yang terbaik sepanjang kita berpuasa.

521 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.