PENGALAMAN MENARIK KETIKA BERSAHUR

Pengalaman bersahur paling menarik ketika ana kanak-kanak ada banyak sebenarnya tetapi ada satu kisah yang ana rasa agak menarik ketika bersahur.
Ana nie bukanlah seorang yang susah untuk bangun tidur, kiranya senang nak bangun. Cuma cakap angah bangun, pasti saya akan bangun tidur. Tak payah nak kena simbah air bagai baru bangun.
Ada satu hari tu, mungkin terlalu bersemangat untuk berpuasa buat pertama kali, ana bangun tidur pukul 3 pagi lagi. Tak sabar nak bersahur, sebab masa tu pun kecil lagi. Ingatkan sahur tu untuk makan je kan. Tu yang bersemangat waja. 
Tapi yang menariknya masa ahli keluarga ana yang lain tengah bersahur, ana pula bersahur sambil tidur, sebab bangun awal sangatkan tadi? Sampai tersenguk kepala ana dibuatnya, last-last nak tahu mana perginya kepala ana, kepala ana betul-betul  jatuh atas nasi. Habis semua ahli keluarga ana gelakkan ana masa tu. Itulah pengalaman paling menarik ketika zaman kanak-kanak ana.hehehe.

499 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.