PENGALAMAN BERPUASA SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN

Sebelum ana berkerja di pejabat. Ana pernah berkerja sebagai pengawal keselamatan dan sepanjang ana berkerja sebagai pengawal keselamatan selama 3 tahun berkhidmat ana dapat merasai sendiri rasa bertugas dalam keadaan berpuasa sebagai seorang pengawal keselamatan.
Pada dasarnya memang tak ada apa-apa perbezaan pun dengan orang lain. Yang menjadi kelainanya adalah kita terpaksa berbuka sendirian bersama sahabat-sahabat setugas. Sepanjang Ramadan hanya sebanyak empat kali sahaja peluang ana untuk bersahur dan berbuka bersama isteri tercinta.

Kami juga terpaksa menahan dugaan marah, berdiri di bawah matahari terik, hujan pun kami redah demi keselamatan tempat jagaan kami, dugaan puasa sudah pastinya hadir apabila tiba masanya untuk kami berbuka puasa

Kami juga terpaksa bergilir-gilir berbuka kerana perlu bertugas memastikan segalanya di dalam kawalan. Saat itu, kadang kala nak berbuka pun boleh hilang selera makan sebabnya melihat sahabat kita yang terpaksa bertugas dahulu sedangkan kita sudah berbuka.
Disebabkan itu, boleh dilihat bahawa pengawal keselamatan ini pasti akan lebih rapat antara mereka rakan-rakan berbanding bersama keluarga kerana banyak masa dan keringat yang di habiskan bersama rakan-rakan dirumah kedua mereka iaitu tempat mereka bertugas.
Namun, pengalaman berharga yang ana perolehi itu takkan ana lupakan kerana ianya banyak mengajar ana mengenai kehidupan.

453 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.