PELUANG HAMILTON PECAH REKOD

Peluang Lewis Hamilton untuk pecah rekod atau mencipta sejarah sepanjang sejarah Formula satu (F1) apabila perlu sekurang-kurangnya melakarkan satu kemenangan sahaja untuk menyamai rekod Jackie Stewart 45 tahun yang lalu iaitu mencatat kemenangan sebanyak 17 kali berturut-turut.



Sebagai rekod, kejayaan di Montreal me­rupakan kemenangan ke-16 berturut-turut pelumba Mercedes itu sejak GP Hungary tahun lepas.

Ini bermakna, Ha­milton memerlukan satu lagi kemenangan untuk berdiri sebaris dengan juara dunia tiga kali, Stewart yang merekodkan 17 kemenangan berturut-turut bermula pada 1968 hingga 1971.

Selepas berjaya mencatatkan beberapa keputusan baik buat masa ini, Lewis Hamilton ternyata amat berpuas hati dengan jentera pasukannya dan yakin yang beliau semakin serasi bersama pasukan buat masa ini.
Untuk rekod, pelumba ini telah menandingi rekod juara dunia 1992, Nigell Mansell selepas mendahului 2,143 jumlah pusingan perlumbaan.

491 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.