Masak Dan Menang Bersama Kicap Mahsuri | RM500 Menanti Anda

Masak Dan Menang Bersama Kicap Mahsuri | RM500 Menanti Anda

Sabtu, 20 jun 2015 – Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, kicap Mahsuri telah menganjurkan satu pertandingan iaitu Masak dan Menang Bersama Kicap Mahsuri yang mana para pemenang berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM500. 

Ana berpeluang turut serta di majlis berbuka puasa Kicap Mahsuri bersama para pemenang pertandingan ini bagi minggu pertama disamping meraikan anak-anak di Pusat Penjagaan Rumah Kesayangan di Petaling Jaya.
  

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, anak-anak ini diceriakan dengan permainan “musical chair”. Terpancar wajah kegembiraan pada anak-anak nie walaupun pada mulanya rata-rata mereka malu untuk bermain.
Program diteruskan dengan persembahan badut oleh Uncle Charlie, yang mana bukan sahaja mampu mencuri perhatian anak-anak ini tetapi mampu juga mencuit hati kami dengan gelagatnya membuat aksi silap mata.
Saat yang ditunggu-tunggu semasa bulan Ramadan ini tidak lain tidak bukan ialah berbuka puasa. Kami telah dihidangkan juadah berbuka “nasi ambeng” yang disediakan mengunakan kicap mahsuri.
Sejumlah 24 orang pemenang akan dipilih dan berpeluang berbuka puasa bersama kicap mahsuri di rumah anak-anak yatim yang terpilih. Jelajah kicap mahsuri akan ke rumah-rumah anak yatim seterusnya. Antaranya :
27 Jun – Rumah Kebajikan Baitul Hidayah
4 Jul – Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari
11 Jul – Rumah jagaan Nur Sakinah.
Untuk anda semua, bolehlah masuk pertandingan ini, mana tau ada rezeki anda dan membawa pulang RM 500. Macam mana nak join pertandingan ini? Senang je.
Anda hanya PERLU :
* Beli kicap Mahsuri
* Masak menggunakannya untuk juadah berbuka puasa anda
* snap gambar masakan anda
* kongsikan gambar anda di FB MyMahsuri dengan hastag #MyMahsuri dan hastag kicap yang anda gunakan dalam masakan seperti #Manis #Pedas #Tiram #Ayam
Pertandingan ini akan bermula pada 28 Mei 2015 sehingga 8 Julai 2015. Jadi anda semua masih berpeluang untuk menyertainya.
Untuk maklunat lanjut anda bolehlah layari Facebook MyMahsuri . Mungkin anda yang Mahsuri cari….

710 total views, 3 views today

One Reply to “Masak Dan Menang Bersama Kicap Mahsuri | RM500 Menanti Anda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This