LIGA HOKI DUNIA | MALAYSIA VS IRELAND

Liga Hoki Dunia telah menyaksikan pasukan Malaysia mencatat keputusan mengatasi pasukan Ireland dengan jaringan 4-2.
Skuad kebangsaan Malaysia telah menjaringkan gol pertama pada minit ke 13 menerusi Izuan Firdaus Ahmad Tajudin. Selang seminit kemudian, skuad Ireland berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Peter Caruth.
Pada minit ke 16, Malaysia berjaya mendahului buat kali kedua menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh kapten Pasukan Razie Rahim. Namun begitu, Ireland sekali lagi menyamai kedudukan pada minit ke 19 juga menerusi pukulan sudut penalti yang berjaya menewaskan penjaga gol kebangsaan Roslan Jamaludin.
Malaysia berjaya menjaringkan gol ketiga menerusi Sukri Mutalib dan Izuan Firdaus menjaringkan gol kedua peribadinya pada perlawanan ini yang juga gol keempat skuad Malaysia. Malaysia telah dihadiahkan penalti shooter namun Razie Rahim gagal menyempurnakan penalti tersebut. Keputusan akhir Malaysia 4-2 Ireland.

492 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

One thought on “LIGA HOKI DUNIA | MALAYSIA VS IRELAND

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.