KEYWORD PLASTIK HITAM MENJADI PILIHAN MENJELANG RAMADHAN

Ana pernah membuat entry mengenai geng-geng plastik hitam yang akan menganas sepanjang bulan Ramadhan sebelum ini. Kalau anda semua belum pernah membaca entry tersebut anda boleh baca di sini 
Bukan pasal entry tu yang ana nak ceritakan di sini, tetapi pasal keyword plastik hitam nie yang menjadi pilihan utama mereka yang masuk ke blog ana. Apakah yang menyebabkan entry nie menjadi pilihan utama menjelang Ramadhan? 
Mungkinkah mereka mencari supplier plastik hitam untuk kegunaan di Bazar Ramadhan ataupun kegunaan yang lain. Tapi apakah yang menjadi kaitan antara plastik hitam dan bulan Ramadhan?
Cuma satu jela yang ana nak cakapkan kat sini, berpuasalah di bulan Ramadhan kerana ianya hanyalah sebulan dan di dalamnya terdapat banyak keberkatan yang tiada di dalam bulan-bulan lain. Jangan biarkan diri anda penganti kepada Syaitan yang diikat di bulan Ramadhan. Selamat berpuasa semua.

517 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.