KEPUTUSAN MALAYSIA VS TIMOR LESTE

Pasukan kebangsaan Malaysia telah bertemu dengan Pasukan Timor Leste yang juga merupakan perlawanan pertama bagi kelayakan Piala Dunia Russia 2018. Keputusan perlawanan bagi Malaysia dan Timor Leste ini menyaksikan Pasukan kebangsaan kita diikat oleh  pasukan lawan dengan jaringan 1-1.
Gol pasukan harimau malaya itu dijaringkan oleh Safee Sali hasil hantaran yang dilakukan oleh Joseph Kalang Tie pada babak pertama perlawanan. Gol Pasukan pelawat dijaringkan pada masa-masa kecederaan
Pada babak kedua perlawanan kedua-dua pasukan telah bertukar-tukar asakan ke kubu gawang pasukan lawan masing-masing. Pasukan Timor Leste yang membariskan hampir 8 orang pemain naturalisasi daripada Brazil itu hampir-hampir melakukan kejutan ke atas pasukan kebangsaan kita.
Selepas ini pasukan harimau malaya akan menentang pasukan Palestin yang juga akan beraksi di Stadium Bukit Jalil pada 16 Jun nanti. #ayuhMalaysiaku

555 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “KEPUTUSAN MALAYSIA VS TIMOR LESTE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.