ERIC KOH HARUMKAN ARENA HOKI NEGARA

Eric Koh harumkan arena hoki negara. Siapa sangka pilot yang segak ini gah apabila berada di padang. Bukan sebagai seorang pemain tetapi sebagai seorang pengadil yang mengadili perlawanan di Separuh Akhir Hoki Liga Dunia.
Beliau muncul sebagai pengadil pertama dari Malaysia untuk pertandingan kali ini. Selain itu, nama beliau juga berada di dalam senarai pengadil untuk sukan olimpik di Rio 2016.
Eric merupakan pengadil yang memegang lesen tertinggi di Malaysia iaitu Gred 1 Persek9utuan Hoki Dunia (FIH). Sekaligus beliau layak bertugas di dalam kejohanan bertaraf 5 bintang seperti liga hoki dunia ini, sukan Olimpik dan Piala Dunia.
Juruterbang Emirates ini pernah mengadili beberapa perlawanan sebelum ini antaranya di Sukan Komanwel Glasgow, Piala Dunia Remaja di New Delhi 2013. Eric kini bercita-cita untuk mendapatkan lesen tertinggi FIH iaitu Lesen Panel Dunia FIH seperti yang pernah dimiliki oleh seorang pengadil daripada Malaysia yang sudah bersara Amarjit Singh.

450 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.