EMAS SUDAH DALAM GENGAMAN MALAYSIA

EMAS SUDAH DALAM GENGAMAN MALAYSIA

Emas sudah dalam genggaman Malaysia, itulah yang boleh dikatakan apabila dua wakil negara akan berentap sesama sendiri di dalam aksi final perseorangan lelaki dan beregu wanita dalam sukan badminton.
Bagi kategori perseorangan lelaki Chong Wei Feng akan bertemu dengan Arif Latiff manakala vivian/Khe Wei akan bertemu Amelia/Soong fie Cho. 
Wei Feng mara selepas beraksi di dalam 3 set untuk menewaskan perseorangan Thailand Saesoombonsuk 13-21, 21-18, 21-14. Manakala Arif Latiff beraksi mantap mengatasi wakil daripada Singapura Yew Loh Kean.

Beregu wanita negara pula layak ke perlawanan final selepas kedua-duanya berjaya menyingkirkan beregu daripada Indonesia di dalam perlawanan Separuh Akhir. 
Sebelum itu, beregu campuran negara , Peng Soon/Yiu Ling terlebih dahulu melayakkan diri ke perlawanan final apabila berjaya mengatasi beregu campuran daripada Indonesia Riki Wudianto dan Puspita Dii Richi. 
Pasangan ini akan bertemu seorang lagi beregu campuran daripada Indonesia iaitu Jordan/Susanto.
#ayuhMalaysiaku

583 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This