CHECKLIST RAMADAN – 30 HARI PERBAIKI DIRI

Ada yang berkata bahawa bulan Ramadan ini adalah bulan untuk berlatih ke arah lebih baik. Ada pulak yang menggunakan sepenuhnya bulan Ramadan ini untuk memperbaiki diri yang mana akan dibawa berterusan hingga akhirnya walaupun sesudah Ramadan.
Kenapa mereka berkata begitu? Kerana misalnya sebelum ini kita agak sukar untuk bangun malam bagi menunaikan solat sunat tahajud, pada bulan Ramadan inilah masanya untuk melatih diri kita kerana kita akan bangun untuk bersahur, jadi apa salahnya andai dapat kita menunaikan sekurang-kurangnya 2 rakaat solat sunat.
Andai sebelum ini, kita berasa susah untuk menunaikan solat sunat dhuha kerana memikirkan masa untuk bersarapan di pejabat. Namun masa inilah boleh diambil untuk menunaikan solat sunat dhuha. Ana yakin mereka yang dah mula solat sunat dhuha ni, pasti rasa sayang jika meninggalkannya.
Andai sebelum ini tiada masa untuk membaca Al Quran, masa inilah melatih kita untuk membaca Al Quran kerana pada mulanya pasti berasa agak berat atau susah atau malas membacanya tetapi jika sudah melatih diri membacanya Insha Allah pasti akan rasa nak selalu mendampingi Al Quran.
Jom kita perbaiki diri kita. Masih belum terlambat lagi, kita biasakan pada masa ini dan akan melakukannya secara berterusan apabila berada selepas bulan puasa. Jom kita perbaiki diri ke arah lebih baik.

837 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.