#CABARAN20HARI | ERTI PUASA PADA ANA

Sebenarnya ana dah lewat 4 hari untuk mengikuti #cabaran20hari ini tapi ana akan cuba kejar task untuk cabaran ini. Oklah task hari pertama ialah Erti Puasa pada diri anda yakni diri analah.
Puasa ini sebenarnya adalah menahan diri dari lapar dan dahaga. Rasanya yang tu ramai tahu kan, tapi pada ana erti puasa ini menahan diri kita daripada semua perkara.
Semua perkara itu mengenai nafsu kita, amarah kita, kesabaran kita, dan sebagainya. Nafsu nie paling susah sebenarnya nak lawan terutama bila nak beli juadah berbukakan? Macam analah.hehehe, gaya macam tak pernah makan serahun je.
Selain itu, Ramadan juga mengajar kita untuk berubah ke arah lebih baik, misalnya sebelum ini banyak mengumpat, masa berpuasa nie kita kena tahan daripada mengumpat. Kalau tidak pahala kurang. Kalau sebelum nie tak pernah ke masjid, kalau pergi masjid pun hari jumaat je. Masa inilah pergi masjid hari-hari sebab ada tarawikh. 
Sebab tu para ulama pun cakap jangan sia-siakan puasa kita sebab takut nanti kita tak dapat apa-apa, yang kita dapat nanti takut dapat lapar dan dahaga je..semoga puasa kita kali ini lebih sempurna.

448 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.