32 MINGGU

Kini usia kandungan isteri telah menjangkau usia 32 minggu. Hari ini juga isteri mula sakit-sakit di bahagian belakang mungkin kerana badan yang terlalu kurus dan keadaan perut yang semakin bulat.
Anakku, ada lebih kurang sebulan lebih lagi dikau akan dilahirkan ke dunia ini. Sesungguhnya semakin tidak sabar baba dan ummi menantikan kehadiranmu di muka bumi ini kerana engkaulah bakal penyeri hidup kami.
Setiap malam kini pasti hilang kelenaan kerana pergerakan yang semakin aktif dirimu anakku di dalam kandungan perut ummi mu itu. Kini ummi dan baba akan sentiasa berjaga-jaga hinggalah dirimu lahir ke dunia.

464 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.