Meneroka Sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Sepang International Circuit (SIC) merupakan salah satu tanda mercu kebanggaan Malaysia. Disinilah tempat di mana berlangsungnya perlumbaan berprestij dunis seperti Formula 1 dan juga MotoGP. Pada 23 Mei 2014, ana bersama beberapa orang blogger telah dibawa ke SIC ini untuk melihat sendiri secara dekat mengenai litar dan pengurusan apabila berlangsungnya sesuatu perlumbaan.

Program ini bermula dengan ucapan kata-kata aluan dan sedikit penerangan dan sejarah  terciptanya litar Antarabangsa Sepang ini oleh Dato’ Razlan Razali. Memang sempoi Dato nie.
Selepas itu, kami telah dibawa ke podium kemenangan yang mana menyaksikan para pelumba mengambil hadiah kemenangan mereka. Rasa macam sang juara pulak bila berada di sini.

Seterusnya kami telah dibawa melihat bilik kawalan perlumbaan yang mana para petugas dapat melihat atau menganalisis serta memantau sesuatu perlumbaan yang sedang berlangsung.
Ada gaya seorang pemantau perlumbaan tak?
Kami juga telah dibawa melihat bilik dimana tempat petugas mengambil masa dan juga kelajuan bagi seseorang pelumba. Yang merah tu lah alat bagi mengukur berapa kelajuan dan masa yang tercipta oleh para pelumba. Namanya adalah transporter. 

Dah penat berjalan-jalan, terasa lapar lah pulak kan? Kami telah dibawa ke ruang paling atas untuk menjamu selera. Begitu nyaman terasa di sini makan sambil melayan deruman kereta lumba yang beraksi di dalam trek.
 Selepas makan, kami telah dibawa ke Medical Centre yang mana menempatkan bagi pelumba yang mengalami kecederaan selepas terlibat dengan kemalangan mendapatkan rawatan awal. Di sini terdapat seorang doktor yang bertanggungjawab sepenuhnya dan bertugas secara sepenuh masa.
Selepas ke Medical Centre, inilah masa yang dinanti-nanti, kami telah dibawa ke sekitar litar dan tempat duduk penonton untuk melihat sendiri keindahan litar sepang ini.

Terasa masa begitu cepat berlalu, kepuasan tu belum terasa sepenuhnya lagi, namun begitu, ianya merupakan satu pengalaman yang pastinya tak dapat diperolehi oleh semua orang bak kata staf yang bertugas di sana..


292 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “Meneroka Sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.