JDT GARANG DI LARKIN | MARA KE SUKU AKHIR PIALA AFC 2015

JDT GARANG DI LARKIN | MARA KE SUKU AKHIR PIALA AFC 2015

Pasukan Johor Darul takzim ( JDT) telah beraksi garang dan menunjuk belang tersendiri di gelanggang keramat mereka larkin malam tadi apabila berjaya menundukkan pasukan Ayeyawady United yang mana sekaligus melayakkan diri ke perlawanan suku akhir Piala AFC 2015.
Kawalan dan serangan berjaya membuatkan pasukan kendalian Mario Gomez itu ternyata sukar untuk ditandingi oleh pasukan pelawat daripada Myanmar itu sekaligus memberikan kemenangan besar 5-0 kepada Pasukan JDT.
Jaringan pasukan JDT dijaringkan oleh Safiq Rahim, Luciano (2 gol) dan Jorge Diaz (2 gol). 2 gol dan 2 assist yang dilakukan oleh Jorge Diaz membolehkan beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan pada malam tadi.
Kemenangan ini membuatkan JDT mencatatkan kemenangan sebanyak 10 kali berturut-turut di kubu kebal mereka. 
* keputusan bagi Pasukan Pahang dan Parsipura akan diketahui hari ini atau esok. Harap ianya berpihak kepada Pahang.

717 total views, 2 views today

3 Replies to “JDT GARANG DI LARKIN | MARA KE SUKU AKHIR PIALA AFC 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This