DIETKU MULA TERUJI

DIETKU MULA TERUJI

Ana sekarang berada di dalam fasa untuk mengurangkan berat badan. Antara kaedah yang ana lakukan ialah dengan mengamalkan diet Atkins. Hari ini merupakan hari ke 6 sepatutnya ana melakukan diet atkins.

Antara makanan utama yang harus dielakkan di dalam disiplin diet ini ialah meninggalkan nasi. Agak berjaya juga ana apabila dapat menahan setiap godaan makanan yang datang memanggil-manggil hati ini untuk menjamahnya.

Namun, hari ini ana agak tertewas untuk meneruskan diet ana nie kerana godaan makanan yang lebih mengacam berbanding hari biasa. Kerana ianya adalah makanan percuma, bak kata orang kalau tak makan maka tolak rezeki lah kan?

Sarapan pagi…


Makanan tengahari…

Tudia, mana boleh tahankan kalau makanan yang datang macam nie kan? Tu yang terus lemah lutut, rasa nak makan je. Bak kata isteri ana, tak apa hari nie je tak payah diet, esok kita sambung balik. Tapi persoalannya, mampukah ana bertahan? 





653 total views, 2 views today

One Reply to “DIETKU MULA TERUJI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This