BUFFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT (BGR)

Tinggal beberapa hari lagi bulan paling mulia bulan Ramadhan akan kunjung tiba. Pastinya ramai yang memilih untuk berbuka bersama seisi keluarga samada berbuka di rumah ataupun sekali sekala membawa keluarga untuk berbuka di luar.

Untuk pengetahuan semua, Bangi Golf Resort (bgr) ada menyediakan buffet Ramadhan yang akan bermula pada 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015 yang mana harga bermula daripada RM55 untuk dewasa dan RM 27 untuk kanak-kanak. Bgr juga telah mendapat kelulusan sijil halal daripada JAKIM. Jadi tak perlu was-was makan di sini.

Antara menu yang pastinya mampu menarik perhatian kita semasa bulan Ramadhan sudah semestinya kambing bakar. Kambing bakar disini begitu lembut dan begitu menyelerakan. Ada juga sate kambing dan juga sup kambing yang pasti mampu membuka selera.

Disini juga disediakan pelbagai menu masakan tradisional kita, lemang pun ada, tak payah nak tunggu raya. 

Antara desert yang terdapat di sini yang pastinya akan membuka selera bagi pengemar dessert kerana keenakan dessertnya. Ana sampai tambah dua kali lah walaupun bukan pengemar dessert.


Ana difahamkan terdapat lebih daripada 200 menu atau juadah yang disediakan di sini yang pastinya memberikan 1001 kepuasan kepada anda di bulan puasa. Untuk maklumat lanjut anda bolehlah rujuk di
Alamat : No 1 Persiaran Bandar , Bandar Baru Bangi , 43650 Selangor Malaysia 

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan / pertanyaan : +603-89253728/ +603-82100265

Email : bgb.bangigolf@gmail.com

waktu operasi : 6.30 pagi – 9.30 malam setiap hari 

juga menawarkan Pakej Perkahwinan , Majlis Makan Malam , Seminar dan Majlis2 




1,265 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

11 thoughts on “BUFFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT (BGR)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.