ZIKRA 2015 : JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF #1

Alhamdulillah diberikan kesempatan masa dan keringat kesihatan apabila dapat bersama-sama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam Program ZIKRA 2015 “Jelajah Kasih Bersama Asnaf”. 

Terdiri daripada 15 orang blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengikuti konvoi ini… Sebanyak 6 lokasi yang perlu ditujui sepanjang ziarah asnaf ini…

Kami blogger lelaki ini telah diletakkan di dalam satu kereta… 

Lokasi Pertama yang kami tujui ialah Kompleks Asrama Anak-Anak Asnaf Baitu Hasanah, Kg.Perepat Klang. Kompleks Asrama ini memulakan operasinya pada tahun 2009.. Ianya dibina bertujuan membangunkan generasi kedua yang terdiri daripada kalangan anak-anak asnaf dan fakir miskin di Selangor.

Kami telah  dibawa mengelilingi sekitar Kompleks ini… kompleks ini telah dibina melalui wang zakat yang telah dibayar oleh kita kepada Lembaga Zakat Selangor… Kompleks ini merupakan salah satu hasil yang telah ditunjukkan LZS ke manakah wang zakat yang kita bayar ditujukan…Kerana wang zakat kita mereka dapat membina satu Kompleks khas buat mereka yang layak menerima santunan zakat.

Di sini juga disediakan perpustakaan dan pusat komputer bagi kegunaan anak-anak asnaf di sini…mereka ini adalah anak-anak yang belajar pada sesi petang…

Bilik tidur anak-anak asnaf di Kompleks Anak-anak Asnaf Baitul Hasanah (Bilik Pelajar Lelaki)


Bilik tidur anak-anak asnaf di Kompleks Anak-anak Asnaf Baitul Hasanah (Bilik Pelajar Perempuan)


Bilik untuk belajar di dalam kumpulan yang diketuai oleh seorang Naqib dan Naqibah…

Tanpa bantuan zakat yang disumbangkan oleh kita umat Islam terutamanya di selangor sudah semestinya kompleks yang begitu GAH seperti ini tidak mampu direalisasikan…

Ke manakah lokasi seterus kami ??? ikuti jelajah kami pada entry akan datang….







749 total views, 4 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “ZIKRA 2015 : JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF #1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.