Pengalaman Berharga Bersama AMAN PALESTIN

Alhamdulillah, siapa sangka ana akan mendapat peluang sebegini rupa apabila dapat turut serta bersama-sama dengan sahabat Kelab Blogger Ben Ashaari menghadiri majlis menandatangani perjanjian persefahaman Rakan Korporat, Duta, Penyerahan Sumbangan, pertemuan rakan blogger dan media sosial bersama dengan Aman Palestin yang berlangsung di Hotel Bangi – Putrajaya, Bangi


Ana hadir di majlis ini sebagai blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari yang telah dilantik sebagai blogger Aman Palestin…


Sesi menandatangani MOU sebagai Duta Aman Palestin…


Heliza Helmi juga telah merasmikan buku bertajuk Diari Seorang Mujahidah | Kembara Syria hasil karya beliau sendiri bersama dengan Puan Roziyah Mahamad…

Namun, yang paling ana tak sangka ana berjumpa saudara Mohd Rosdi Roslan yang juga merupakan sahabat ana semasa di KUIS dahulu… hebat sekarang dia ni apabila menjadi salah seorang orang kuat dalam Aman Palestin ini…

Antara sahabat blogger Kelab Blogger Ben Ashaari yang hadir di majlis ini… 
Terima Kasih ana ingin ucapkan kepada bro Ben Ashaari  kerana memberikan peluang untuk turut serta di dalam majlis ini, ianya umpama mimpi apabila dapat turut serta bersama dengan satu NGO yang begitu GAH seperti AMAN PALESTIN ini… Ianya sudah semestinya menjadi satu pengalaman berharga sepanjang ana menjadi seorang blogger…





818 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “Pengalaman Berharga Bersama AMAN PALESTIN

  • 13/04/2015 at 11:33 PM
    Permalink

    saya pun seronok dpt turut serta dlm event ni.. sorilah masa kat sana kita tak berkenalan..

    Reply
  • 14/04/2015 at 7:00 AM
    Permalink

    saya pun minta maaf, cuma pandang je tapi segan nak tegur..lain kali kita tegur ye..hehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.