KBBA BLOGGER’S DAY OUT 2015

KBBA BLOGGER’S DAY OUT 2015

Hujung minggu ini Kelab Blogger Ben Ashaari dengan kerjasama Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya akan menganjurkan Blogger’s Day Out 2015 yang julung-julung kali diadakan..


Ramai yang tak tahu menahu yang Cyberjaya mempunyai satu port menarik bagi aktiviti bersama keluarga terutamanya ana sendiri memang tak tahu pun akan port nie…. Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC) nie sebenarnya berdekatan dengan Universiti Multimedia, KKTTC nie sebenarnya dah lama wujud sejak 2006 lagi… Banyak kemudahan fasiliti dan kemudahan sukan yang terdapat di sini.

Antara kemudahan sukan yang terdapat di sini ialah Gelanggang Futsal, Gelanggang Tenis, Gelanggang Badminton, Gymnasium, Diving Range, Go Kart, Squash, Basketball, Paintball, Dancing Studio dan juga Pool. 

KBBA Blogger’s Day Out nie dijangkakan akan dihadiri oleh lebih daripada 100 orang blogger ataupun mungkin lebih bagi memeriahkan majlis ini nanti…Antara aktiviti yang dirancang pada hari tersebut ialah Diving Range iaitu golf ala KBBA, Bermain Badminton, paintball dan juga Go-kart.. 

Yang menariknya, game-game tersebut akan diubah konsep permainanya untuk memberikan lebih cabaran dan menarik… Yang pastinya semua permainan ini akan lebih happening dan meriah…Nie bukan majlis tertutupnya… semua boleh datang untuk memeriahkan lagi KBDO ini… Bolehlah kita semua bersua kenal dengan para blogger yang sebelum ini hanya kenal di alam maya..

Namun begitu, Disebabkan ini adalah Program Mega pertama yang dianjurkan KBBA, hanya blogger yang berdaftar sahaja yang boleh join acara yang dianjurkan dulu bagi melancarkan perjalanan program ini… Andai ianya berjaya, pastinya KBBA akan plan sesuatu yang lebih besar dengan penyertaan yang lebih besar dan terbuka…

Pape pun, nak ucapkan TERIMA KASIH kepada penaja KBDO 2015 iaitu :

CyberView Cyberjaya (www.cyberview.com.my)


Yeos Malaysia ( www.yeos.com.my)

Stamp N Print Enterprise (www.stampnprint.blogspot.com)

Natalia (www.natalia.my)

Jumpa anda di sana……







725 total views, 3 views today

3 Replies to “KBBA BLOGGER’S DAY OUT 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This