Kisah Suatu Malam Yang Panjang…

Malam jumaat begini, terasa seperti hendak bercerita pulak cerita yang nak cakap seram macam tak berapa nak seramlah… kalau nak cakap tak seram terasa macam seram sejuk pun ada…hehehe… Ini kisah ana lah semasa ana menjadi pengawal keselamatan di sebuah Universiti tertua yang ada di dalam Malaysia….

Ceritanya berbunyi begini…. Jam di tangan telah menandakan waktu memasuki detik 12 tengah malam…macam kebiasaan rutin kami sebagai pengawal keselamatan adalah melaporkan keadaan kawasan jagaan setiap detik 1 jam ke Pusat Kawalan di unit keselamatan universiti ini…
Macam kebiasaan setiap orang diberikan tempat untuk mereka jaga… disebabkan kekurangan anggota, ana terpaksa menjaga satu zon nie sendiri… Hati ana berdebar-berdebar saat mengetahui untuk menjaga zon tersebut..ini kerana begitu banyak cerita mistik yang ana dengar di satu blok di dalam kawasan zon jagaanku ini…
Jam ditangan telah menandakan jam 0300, ana terpaksa melaporkan lagi kawasan jagaan ana nie yang mana ana terpaksa mengawasi sekitar kawasan blok yang penuh dengan kemistikan ini… semakin ana menuju ke dalam kawasan blok ini, hati dan jiwa ini terasa seram sejuk sangat-sangat, bulu roma yang tadi terletak rapi kini masing-masing tegak berdiri…
Saat ana meronda untuk sampai ke checkpoint buku, ana terdengar bunyi tapak kaki yang mana semakin lama semakin kuat kedengaranya… ana menoleh ke belakang, tiada sesiapa pun di belakang, kanan serta kiri ana nie… terdetik di dalam hati siapakah itu??? Saat itu, walkie talkie ana terkeluar suatu suara yang mendayu-dayu yang lama kelamaanya seperti mengilai-gilai…
Ana ingin bergerak meninggalkan kawasan tersebut…namun kaki ini terasa begitu berat untuk meninggalkan kawasan tersebut…lagi ana ingin lari, selagi itu kaki ana tidak bergerak…dah kenapa pulak nie, terdetik hati kecilku yang semakin lama semakin ketakutan disitu…
Tiba-tiba…. 
ada satu suara yang ana rasa macam kenal je memanggil-manggil ana…..dan suara itu berkata ” Woi, ko tak nak balik ke??? jam dah pukul 0700 nie… tidur je tau….hehehe… Lah mimpi rupanya aku…hehehe

1,665 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.