Kelebihan Membaca Surah Al Khafi

Kelebihan Membaca Surah Al Khafi

Kelebihan Membaca Surah Al Khafi pada Malam dan Hari Jumaat | Malam jumaat dan hari jumaat mempunyai begitu banyak kelebihan berbanding dengan hari-hari yang lain.. Kalau kalangan masyarakat kita kelazimannya pada malam jumaat akan membaca Surah Yaasin dan membuat tahlil untuk disedekahkan kepada mereka yang telah tiada…

Namun ada sesuatu yang sering dilupakan iaitu membaca surah Al Khafi… tahukah anda bahawa di dalam surah Al Khafi ini juga mempunyai pelbagai kelebihannya jika di amalkan oleh kita… Antara Kelebihannya ialah :



Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa’i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Imam Ahmad berkata : “Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa’i ]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
[ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : “Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Abi Said Al Khudri berkata:”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa.”
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu’an:”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya.”
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat.”
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]



Wallahualam… semoga ianya membawa manfaat kepada kita..namun kalau dapat diamalkan setiap hari rasanya tentu lebih baik kan??? InsyaAllah



595 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This