Bermandi Hujan

Alhamdulillah, ana selamat sampai di rumah selepas terpaksa bermandi hujan ketika hendak pulang ke rumah… Ana yang sepatutnya keluar daripada pejabat pukul 05.15 petang namun terpaksa melupakan hasrat berangkat pulang ke rumah kerana sebaik sahaja ana keluar dari pejabat hujan turun dengan selebat-lebatnya…
Alhamdulillah kerana allah masih lagi memberikan rahmat hujan di bumi Kuala Lumpur ini… sedangkan di kampung halaman ana panas terik dan hujan yang tidak kunjung tiba menyebabkan krisis air menjadi semakin parah sehingga terpaksa menghadapi situasi catuan air….
Ada yang mengeluh saat hujan turun…namun masih ada yang tetap bersyukur dengan pemberian hujan…kerana dengan asbab hujan bumi menjadi sejuk… tumbuhan hidup menghijau dan paling penting empangan tetap disirami dengan air….
Dah melarut lah pulak… Semasa hujan semakin reda..ana pun menghidupkan enjin motor modenas ana menyelusuri jalanraya yang masih dibasahi….sedang syok-syok menunggang hujan turun kembali lebat…sudah agak terlambat untuk berhenti tepi..maka bermandilah hujan sehinggaalah sampai di depan pintu rumah….

731 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.