TANGIS SEBATANG TAMAR…

TANGIS SEBATANG TAMAR…

Kisah pada zaman nabi mengenai sebatang tamar yang pernah dijadikan sebagai mimbar untuk solat jumaat.. Nabi S.A.W hanya berdiri di sebatang tamar semasa menyampaikan khutbah solat jumaat… Namun lama-kelamaan batang tamar mula menjadi usang dan para sahabat mendirikan sebuah mimbar baharu bagi mengantikan batang tamar tersebut…
Semasa Rasulullah S.A.W ingin memulakan khutbah jumaat… maka terdengar oleh Baginda akan satu suara tangisan yang kuat sehingga didengari oleh para sahabat yang berada di situ… suara tangisan yang didengari oleh Rasulullah itu rupanya daripada sebatang tamar…
Lalu, Rasulullah bertanya kepada Sebatang tamar tersebut, mengapakah ia menangis… Lalu si batang tamar ini pun menjawab 
” Aku sungguh sedih mengenangkan khidmatku tidak diperlukan lagi oleh mu ya Rasulullah…sedangkan aku ingin bersamamu hingga akhir hayatku”
Rasulullah tersenyum sambil memeluk batang tamar tersebut lalu berkata ” bersabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak ” 
Begitulah hebatnya cinta sebatang tamar terhadap nabi junjugan agung kita… Daqmie telah berjaya mengingatkan kita dan menghayati cinta agung ini melalui lagunya “Tangis Sebatang Tamar” yang bukan sahaja berjaya mencairkan hati si pendengar malahan berjaya merangkul tempat pertama di Anugerah Nasyid IKIM.Fm 2014… 

800 total views, 2 views today

2 Replies to “TANGIS SEBATANG TAMAR…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This