SAAT SI DIA MABUK..

Si isteri ana mula berasa mabuk-mabuk, beliau akan mulai mabuk jika sidia ingin memasak makanan di dapur, ataupun jika orang lain yang memasak di dapur… Bila dah start mabuk nie maka tak ada lah kerja rumah yang mampu dilakukan oleh isteri kerana keletihan disebabkan oleh mabuk hamil ini…
Apabila makan, makanan yang dijamah oleh isteri ana pasti akan keluar balik…senang cerita memang takkan sempat hadam lah makanan tu… Disebabkan itu, ana telah mengambil tugas isteri ana seperti mengemas rumah, membasuh baju dan apa-apa tugas yang dilakukan oleh isteri ana selepas pulang ke rumah dari tempat kerja….
Terasa seperti sesuatu perasaan yang lain yang tak diungkap dengan kata-kata apabila ana menjadi sura rumah selepas pulang dari kerja…terasa kepenatan yang amat sangat… kini barulah ana sedar bahawa isteri ana tak pernah pun mengeluh walaupun penat berkerja di pejabat dan “berkerja” di rumah…Jadi kepada para suami jom ringankan tangan untuk saling membantu isteri anda… Isteri anda jadi begitu bukan sebab lain tetapi disebabkan oleh perbuatan anda juga….

504 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.