PENGAJARAN DRAMA PINOCCHIO

PENGAJARAN DRAMA PINOCCHIO

Para peminat K-Drama khususnya sudah semestinya mengetahui akan jalan cerita dan drama “Pinocchio” nie kan??? Alaaa…drama yang sedang meletup-letup di OneHD tu kan?? namun ana bukanlah nak ceritakan mengenai kehebatan cerita ini di dalam blog ana nie tetapi mengenai pengajaran yang dapat ana rumuskan daripada drama ini….

Ana terpaku di depan TV menantikan drama ini bukaanlah disebabkan oleh kekacakan dan kecantikan para pelakonnya tetapi pengajaran yang membuatkan ana ingin terus mengetahui akan cerita ini sehingga ke penghujungnya…

Antara yang ana dapat rumuskan mengenai pengajaran daripada drama ini ialah :

~ Kerana Satu Pembohongan mampu memusnahkan hidup orang lain..di sini dapat kita lihat macam mana seorang wartawan TV yang terkenal sanggup menyebarkan cerita yang telah di tokok tambahkan kepada umum yang mengakibatkan musnahnya sebuah keluarga…macam mana seorang wira diangkat sebagai seorang yang hina oleh masyarakat angkara pembohongan yang dilakukan…inilah sebab musabab Islam melarang kita berbohong kerana kesanya akan menjadi lebih besar….

~ Dendam sebuah perasaan yang kadang kalanya begitu sukar untuk dibendung oleh seseorang yang berfikiran waras, ini dapat dilihat seorang lelaki dan anak yang baik mampu menjadi seorang yang lebih jahat kerana ingin membalas dendam terhadap apa yang berlaku kepada keluarganya….

Ini antara yang ana dapat rumuskan melalui drama ini… Di sini juga dapat dilihat dunia kewartawanan yang penuh dengan tipu dayanya…yang nie ana malas nak ulas lebih lanjut kerana you all sendiri pasti perasaan apa yang ana maksudkan… Pape pun nasihat ana terhadap diri ana sendiri agar jauhkan diri daripada menyebarkan sesuatu yang kita tidak tahu akan kesahihanya kerana takut kerana kita insan lain merana….

1,157 total views, 3 views today

7 Replies to “PENGAJARAN DRAMA PINOCCHIO”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This