MAFLA BERNILAI EMAS

Mafla begitu tinggi nilainya di dalam jiwa seorang Ultras… Disebabkan itu kebanyakan mafla tidak di repro kembali dan hanya di keluarkan dalam kuantiti yang sedikit dan amat limited… Walaupun permulaan harga mafla hanyalah bernilai RM70.. namun nilainya amat tinggi jika di bawa bersama di sisi ketika menyaksikan pasukan kegemaran beraksi…
Namun, keistimewaan mafla pada masa kini telah dirosakkan oleh sesetengah individu yang hanya menjadikan mafla sebagai pendapatan individu… Tahukah anda harga sesebuah mafla kini setanding dengan harga seketul emas… ada beberapa individu yang boleh digelarkan sebagai kapitalis akan menjual mafla mereka sehingga RM1500…
contoh mafla yang mempunyai nilai tertinggi kini…
Mereka yang membeli sanggup melepaskan ribuan ringgit hanya semata-mata untuk memiliki mafla ini untuk mendapatkan gelaran “topboy” kerana seolah-olah mereka adalah otai yang sudah lama berada di dalam dunia ultras…
Namun, untuk menjadi seorang ultras bukanlah semata-mata kerana anda mempunyai mafla  tetapi adalah jiwa yang sentiasa ada bersama pasukan kesayangan saat tika dan waktu jatuh dan bangunnya pasukan mereka… ultras terletak pada jiwa bukan pada mafla apa yang anda miliki…
* Dah lama impikan mafla Kona4C nie tapi harga keras*

924 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.