KISAH BAYAR RM 6 DAPAT RM 6.90

Hujan lebatlah pulak, macam mana ana nak pulang ke rumah nie…. Jam di tangan telah menandakan pukul 6 petang…padahal selalu masa-masa begini ana dah sampai di rumah… Akhirnya ana pun bertekad untuk meneruskan perjalanan meredah hujan…

Dalam meredah hujan baru ana teringat yang ana perlu ke petrol pam bagi mengisi minyak yang sudah sampai kepada tulisan N… ana pun singgahlah ke petrol pam berhampiran dengan pejabat ana… Sampai di stesen minyak kelihatan ramai orang berteduh dek kerana hujan masih lebat lagi…
Ana pun pergilah ke pam bernombor 10.. sedang ana menunggu giliran mengisi minyak, ada seorang pak cik yang agak tua sampai bersama motorsikalnya untuk mengisi minyak… tak semena-mena ana pun bagilah pak cik tu mengisi minyak dahulu kerana melihatkan kudratnya yang tidak bermaya…sedang ana sibuk melihat pak cik tadi mengisi minyak…
Tiba-tiba ada seorang pak cik  daripada pam 11 memanggil ana untuk mengisi minyak… agak terkejut ana apabila pak cik tersebut memberikan ana noozle yang mana duit di pam tersebut masih berbaki 90 sen…. selepas mengisi minyak tersebut ana terus ke kaunter dan menambah bayaran RM6 untuk meneruskan mengisi minyak yang masih tidak mencukupi…

231 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.