BLOGGER KUAT BERGOSIP..

Benarkah dakwaan sesetengah masyarakat yang mengatakan blogger dan gosip tidak boleh dipisahkan??? Apabila berbicara pasal blogger pasti ramai yang akan mengaitkan blogger nie dengan gosip…senang cerita blogger nie juga menjaga tepi kain kain orang….

Ada sesetengah kawan ana pasti akan memandang serong kepada blogger kerana pada pengamatan mereka blogger nie suka menjatuhkan maruah orang lain untuk menangih trafik yang tinggi…selepas ana bagi dieorang baca blog ana barulah segala apa yang diaorang fikir sama sekali tidak seperti yang terlintas…

Memang ada blogger yang suka bergosip tetapi tak ramai blogger macam tu…blogger nie ada bermacam-macam jenis, ada blogger peribadi, ada blogger sukan, blogger masakan dan macam-macam lagi…

Macam ana sendiri pun merupakan blogger yang banyak menceritakan tentang hal ana berbanding orang lain…yang paling penting tak kisahlah apa jenis genre blog kita yang penting apa kita tulis tidak akan membuatkan kita terjerumus kepada dosa…

341 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.