TANGGUNGJAWAB SEMAKIN BESAR…BERSEDIAKAH AKU????

TANGGUNGJAWAB SEMAKIN BESAR…BERSEDIAKAH AKU????

Dulu semasa bujang, ana teringin menjadi seorang suami kepada seorang gadis, namun masa itu ana tak pernah terfikir akan tanggungjawab yang bakal di hadapi oleh seorang suami… namun segalanya menjadi kenyataan apabila ana dan zaujah disatukan pada tanggal 28 Disember 2013…. Masa membacakan TAKLIK, ana seperti terasa berat di bahu seolah-olah merasa berat akan tanggungjawab yang bakal ana pikul sebagai seorang suami….
Ya, memang berat sebenarnya tanggungjawab seorang suami,namun Alhamdulillah ana bersyukur kerana ana diberikan peluang untuk menjadi imam masjid rumah tangga di usia yang agak muda…Dalam tidak ana sedari usia perkahwinan ana semakin hampir memasuki usia ulangtahun pertama yang akan tiba dalam masa beberapa hari lagi….
Sahabat-sahabat ana pun ramai yang menamatkan zaman bujang pada tahun lepas dan juga tahun nie…Alhamdulillah kerana pernikahan ini dapat mengelakkan kita daripada zina… ramai di antara mereka ramai yang dimurahkan rezeki zuriat dan kebanyakan daripada mereka bunting pelamin…namun ana masih lagi belum dikurniakan rezeki anak pada masa itu…ramai yang bertanyakan dah ada ke??? dan ramai juga yang menyuruh ana dan zaujah usaha kuat-kuat, hanya senyuman yang mampu ana ukirkan… namun ana pasti segalanya sudah dirancangkan dengan cantik oleh Sang Pencinta..
Tanggal 26 November, ana dikejutkan satu berita yang memang dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri iaitu zaujah ana telah disahkan mengandung…hanya sujud syukur mampu ana lakukan sebagai tanda syukur ana kepada Allah atas kurniaan rezeki… namun sudahkah ana bersedia sehabis baik untuk menjadi seorang ayah kepada seorang anak…tanggungjawab ana pun semakin besar…bersediakah ana??? Jika belum bersedia timbalah ILMU agar kita bersedia kelak menghadapi saat dan detik lahirnya seorang insan bernama anak…

331 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This