SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG….

Tanggal 28 Disember 2013, telah menyaksikan bersatunya dua insan yang akhirnya bergelar sebagai pasangan suami isteri… Dalam tak disedari hari ini genaplah sudah setahun perkahwinan pasangan suami isteri ini… walaupun ianya berlalu dengan sekejap namun terdapat manis pahit di dalam arena perkahwinan yang telah terbina….
Teringat lagi masa ini, setahun yang lalu apabila Tok Kadi yang dinanti-nanti tidak juga kunjung tiba. Dekat 2 jam rombongan lelaki dan perempuan menantikan kehadiran tok kadi yang akan menyatukan sang teruna bersama sang dara… namun ada hikmahnya juga tok kadi nie datang lambat sebab tanpa banyak soal daripada tok kadi, terus sahaja majlis berjalan seperti biasa… Disebabkan itu juga si teruna terus hilang rasa gugup untuk mengangkat akad nikah…
Alhamdulillah hanya sekali lafaz akad, si teruna dan si dara akhirnya disatukan…hanya Allah yang mengerti akan perasaan yang ada di dalam hati si teruna kerana ia mengerti akan tiba satu tanggungjawab yang amat berat menantinya…mengambil tugas si bapa gadis yang kini menjadi milik si teruna bergelar suami….
Hari ini, genaplah sudah setahun usia perkahwinan si suami dan juga si isteri ini… alhamdulillah semoga perkahwinan ini akan terus diberkati dan dirahmati oleh Sang Pencipta… semoga hubungan ini kekal hingga ke syurga hakiki kelak… hanya satu yang ingin ku ungkapkan kepada zaujah.. selamat ulangtahun sayang…

313 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.