KHAS UNTUK PENUNGGANG MOTORSIKAL WANITA

Di alam serba moden kini, semakin ramai wanita yang meminati motorsikal…jadi tidak hairanlah apabila di jalan raya penuh dengan penunggang wanita ini…

Mereka juga setanding rider lelaki ketika menunggang motorsikal bahkan ada yang lebih hebat daripada rider ataupun biker lelaki…namun ada beberapa perkara yang perlu di titik beratkan oleh rider wanita terutama yang beragama Islam..

BERTUDUNG…
ada dikalangan rider wanita yang bertudung khasnya eloklah bertudung labuh bagi ana sebab kebanyakan mereka yang mengenakan tudung pendek semasa menunggang pasti akan menampakkan rambut mereka kerana tudung mereka pasti terangkat semasa mereka menunggang

PAKAIAN
ramai di antara rider wanita yang suka mengenakan pakaian yang agak ketat semasa menunggang..ianya sebenarnya sangat bahaya apabila mengalami kemalangan kerana dengan baju yang ketat itu tak dapat menahan daripada menerima kecederaan yang teruk apabila mengalami kecelakaan

KASUT
ada antara rider wanita suka mengenakan kasut tumit tinggi yang sebenarnya amat merbahaya ketika kita menunggang kerana agak sukar untuk menekan brek apabila berlaku apa-apa kecemasan…

Semoga rider wanita dapat menerima serba sedikit perkongsian ana…ana pun newbie je dalam dunia permotoran tetapi ini serba sedikit yang ana nampak dengan mata kecil ana sendiri


gambar sekadar hiasan

610 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.