MALAM PERTAMA DI ALAM BARZAKH…BERSEDIAKAH KITA???

Bersediakah kita untuk menghadapi satu dunia yang baru selepas alam dunia ini…ataupun masih lagi leka akan keindahan dunia yang sementara ini???

Malam pertama di alam barzakh sudah semestinya akan dirasai oleh setiap individu yang hidup..cuma masa dan saatnya yang kita tidak ketahui…walaupun kita ada jawapan untuk soalan di sana namun mampukah kita menjawabnya dengan baik ataupun sebaliknya???

Mereka yang bersedia kesana sudah semestinya mempunyai  3 perkara ini yakni menyegerakan taubat, hatinya tenang dan memperbanyakkan amal ibadah untuk dijadikan sebagai bekalan disana kelak…

Manakala mereka yang tidak bersedia lagi sudah semestinya mempunyai 3 perkara ini iaitu melengah-lengahkan taubat, hatinya penuh keluh resah dan meninggalkan suruhan daripada Allah s.w.t…

Bersediakah kita kesana sahabat??? ingatlah daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita akan dikembalikan…

533 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “MALAM PERTAMA DI ALAM BARZAKH…BERSEDIAKAH KITA???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.