PERISTIWA LUCU DI TEMPAT MENGAJI…

Tiba2 teringat peristiwa yang agak lucu semasa ana budak-budak lagi.peristiwa ini berlaku di tempat ana belajar mengaji dahulu…seperti biasa sebelum kitaorang belajar mengaji kitaorang akan solat maghrib secara berjemaah…maka ana lah yang jadi imamya..

Maka seperti kelazimanya pada malam tersebut ana pun mengimamkan lah solat fardu maghrib di rumah ustazah tempat kitaorang mengaji…

Semasa ana nak bangun daripada duduk tahiyat awal tiba-tiba ada satu bunyi yang kuat seakan2 bunyi kentut…bunyi itu begitu dekat dengan ana…tapi tak ada lah pula rasa macam nak kentut…ana pun teruslah solat macam biasa…

Tapi ana pelik apabila kawan2 ana  yang menjadi makmum ketawa berdekah2…ana pun peliklah kan tengah solat nape lah diaorang gelak nie, pastu dieorang teriak sepender merah..sepender merah..makin bertambah pelik ana rasa nie..rupa2nya seluar ana telah koyak dari paras pinggang sehinggalah ke bawah….malunya ana pada masa tu hanya Allah yang tahu…

Itulah kenangan yang ana sentiasa ingat sampai sekarang…apabila jumpa kawan-kawan zaman mengaji dulu pasti akan bangkit kembali cerita ini…hehehe

461 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.