KEMERDEKAAN | DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Nampaknya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum kita rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan kali ke 57 dengan tema “di sini lahirnya sebuah cinta”.

Tema ini yang diambil daripada lagu Allahyarham sudirman yang bertajuk warisan…di rangkap pertama lagu ini diangkat menjadi tema kepada kemerdekaan tahun ini…

Setiap kali merdeka memang ana suka mendengar lagu warisan nie sebab ianya mempunyai suatu makna yang tersendiri yang pasti akan menyentuh hati mereka yang cintakan Malaysia…

Namun masih suram mereka yang mengibarkan jalur gemilang pada bulan kemerdekaan nie…mana kesedaran cinta kita kepada Negara tercinta kita??? adakah tunggu dapat free baru nak kibarkan???

Malaysia bumi bertuah, tanah tumpah darahku…semoga kita menghayati erti kemerdekaan agar kita tidak lagi di jajah daripada segenap aspek…nyatakan kecintaan kita terhadap Malaysia…siapa lagi nak kibarkan jalur gemilang andai bukan kita rakyat Malaysia…

393 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.