ALKISAH : KEHIDUPAN SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN

Assalammualaikum semua…..tertiba ana terfikir untuk menulis entry dengan pengawal keselamatan ini…hal ini kerana ramai antara kita yang masih suka melekehkan pekerjaan ini….

Ramai yang menyangkakan kerja pengawal keselamatan ini adalah satu pekerjaan yang mudah kerana pada kasar kita mereka hanya berdiri di pintu utama tahan kereta….tapi mereka tak nampak yang tersirat di sebalik tugas pengawal keselamatan ini….

Jika berlaku sesuatu kes yang pertama sekali kena ialah pengawal keselamatan…kiranya sebelah kaki pengawal keselamatan ini sudah ada di dalam lokap….memang berat tanggungjawab yang dipikul oleh mereka ini….cuma kita yang awam nie tak nampak….

Perkara yang paling mereka korbankan ialah cuti umum iaitu kelepasan am seperti hari raya…saat ketika kita happy menyambut perayaan ini,mereka bertungkus lumus di medan kerja untuk menjaga harta benda dan keselamatan kawasan mereka…

Sebenarnya begitu besar tanggungjawab mereka ini…cuma kita sedar tak sedar…janganlah kita sombong dan bongkak ketika berurusan dengan mereka…mereka tahan anda sebab tugas mereka begitu…..mulianya pekerjaan seorang pengawal keselamatan…

438 total views, 4 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.