MENGIMBAU KENANGAN : ANGKARA BAHASA ARAB

Bila ana membelek kamus bahasa arab adik ana,teringat peristiwa yang mungkin mencuit hati ana yang membuatkan ana terpanggil untuk berkongsi kenangan manis ana ini…

Selepas diploma,ana mengambil keputusan untuk berkerja secara part timer di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson…di sana ana di tugaskan untuk menjaga swimming pool…

Hotel nie pelancongnya kebanyakanya daripada timur tengah dan negara China…tapi yang ingin ana ceritakan adalah mengenai sebuah keluarga arab nie…

Seperti ramai maklum yang orang arab nie kebanyakannya keras kepala…jadi memang hotel tu di buat macam bapa dia punya lah…lompat sana lompat sini yang boleh mendatangkan bahaya pada diaorang dan orang lain…

Lalu ana pun tiuplah wisel dan menegur kelakuan dieorang namun tak jalan ngak…tiba2 ana  terlepas keluar lah bahasa arab ana…terus diaorang terdiam dan menghampiri ana…

Pada mulanya risau kot2 terguris hati orang arab nie…tapi apa yang keluar daripada mulut diaorang adalah Masha Allah…diaorang kagum sebab ana leh berbahasa arab dan terus diaorang ikut peraturan disitu…

Hanya sepatah bahasa arab je yang ana luahkan mereka da kagum…nampak sangat mereka respek pada orang asing yang boleh berbahasa arab…ana tak hebat berbahasa arab tapi sikit2 boleh lah….

330 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.