MENGIMBAU KENANGAN : SOLAT TARAWIKH

Assalammualaikum semua…setiap orang tentu mempunyai pengalaman manis semasa solat tarawikh kan…ana pun ada dan ianya berlaku semasa ana berusia 12 tahun…

Masa tu memang bersemangat wajalah ana untuk menunaikan solat tarawikh nie…nak tahu sebab apa??? Sebab ana berkenan dengan seorang awek nie….selalu jumpa time bulan puasa je…..

Dia nie memang lawa lah…sampai ana dengan sepupu yang sebaya ana nie nak berebut untuk dapat kan si gadis manis nie….al maklum lah budak2 katakan…

Sampai satu hari tu adik saudara ana main baling kopiah ana…last2 termasuk kat tempat perempuan…naik malu ana nak minta balik kopiah tu takut mak cik marah….tapi rupa2nya si gadis nie yang pulangkan balik kopiah ana….

Bermula disitu lah kami mula berkawan rapat…namun tak lama pun persahabatan kitaorang nie….start sekolah menengah masing2 tinggal di asrama…maka start daripada tu kitaorang dah tak bersua muka lagi..

Sekarang pun ana dah ada tunang dan dia pun sudah berkahwin…setiap kali ke masjid ana pasti ingat akan dia…dia pula???tentu dah lupa punyalah….namun tunang a.k.a bakal isteri ana tetap di hati…..

544 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “MENGIMBAU KENANGAN : SOLAT TARAWIKH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.