DUGAAN BERBUKA PUASA

Assalammualaikum semua…alhamdulillah kita dah jalani hari keempat berpuasa hari nie…tapi ana nak cerita mengenai dugaan berbuka puasa ana hari nie…

Ianya bermula ketika ana nak beli juadah untuk berbuka puasa….al maklumlah bujang katakan jadi beli bungkus je lah…

Nak dijadikan cerita ana keluar lah rumah untuk ke bazar ramadhan…sesampai je di bazar ramadhan hujan turun dengan selebat-lebatnya….sampai kuyup baju ana…

Ana teringin sangat makan murtabak tapi kerana hujan yang lebat sangat ana membantutkan untuk makan murtabak..jadi ana beli air soya dan nasi ayam je….

Bila sampai tempat keje ana balik nasi ayam ana tumpah separuh…jadi adalah sikit je….pastu time nak buka pulak air soya ana pula tumbah…dugaan dugaan…

Tapi yang ana bersyukur sangat di sebalik dugaan yang berlaku…ana dimurahkan rezeki apabila ada 3 orang hamba Allah memberikan ana murtabak…alhamdulillah begitu indah perancangan daripada Allah…

350 total views, 4 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.