Ayat Sajadah Dalam Al Quran

Assalammualaikum semua, salam hari jumaat ana ucapkan, bersempena hari jumaat ana nak share cikit mengenai ayat sajadah yang terdapat di dalam Al Quran yang mana memerlukan kita melakukan sujud sejadah atau sujud tilawah…

Kebiasaanya hari jumaat setiap masjid akan mengajurkan solat subuh dengan diiringi sujud sejadah…namun tahukah anda di manakah ayat2 yang terdapatnya ayat sajadah ini???

Sebenarnya terdapat 15 tempat yang mempunyai ayat sajadah ini iaitu 10 tempat yang disepakati, 4 tempat masih diperselisihkan namun ada hadis sahih yang menjelaskanya serta 1 tempat berdasarkan hadis namun tidak sampai pada nabi s.a.w…(lihat pembahasan ini di sahih fiqh sunnah, 1/454-458 )

Sepuluh ayat yang disepakati sebagai ayat sejadah

Surah Al A’raf ayat 206
Surah Ar Ro’du ayat 15
Surah An Nahl ayat 49-50
Surah Al Isra’ ayat 107-109
Surah Maryam ayat 58
Surah Al Hajj ayat 18
Surah Al Furqan ayat 60
Surah An Naml ayat 25-26
Surah As Sajdah ayat 15
Surah Fushilat ayat 38 (menurut jumhur ulama’), Surah Fushilat ayat 37 (menurut Malikiyah)


Empat ayat yang termasuk ayat sajadah namun diperselisihkan, akan tetapi ada dalil sahih yang menjelaskannya:
Surah Shaad ayat 24
Surah An Najm ayat 62 (ayat terakhir)
Surah Al Insyiqaq ayat 20-21
Surah Al ‘Alaq ayat 19 (ayat terakhir)
Satu ayat yang masih diperselisihkan dan tidak ada hadith marfu’ (hadith yang sampai pada Nabi) yang menjelaskannya, iaitu surat Al Hajj ayat 77. Banyak sahabat yang menganggap ayat ini sebagai ayat sajadah semacam Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Ibnu Mas’ud, Abu Musa, Abud Darda, dan ‘Ammar bin Yasar.
Ibnu Qudamah mengatakan,
لَمْ نَعْرِفْ لَهُمْ مُخَالِفًا فِي عَصْرِهِمْ ، فَيَكُونُ إجْمَاعًا
“Kami tidaklah mengetahui adanya perselisihan di masa sahabat mengenai ayat ini sebagai ayat sajadah. Maka ini menunjukkan bahawa para sahabat telah berijmak (bersepakat) dalam masalah ini.” (Al Mughni, 3/88)
Bacaan ketika melakukan sujud tilawah adalah 
سجد وجهي للذي خلقه وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبارك الله أحسن الخالقين
“Sajjada wajhialillazhi, kholaqohu,wshaqqossam’ahu, wabasthorohu bihaulihi fatabarokallahu ahsanul kholiqeen.”

Ertinya: “Aku bersujud dengan wajahku kepada Zat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatanNya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta.”
Selamat beramal…wallahualam….



381 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.