PUISI SANUBARI | DUHAI PUTERIKU….

Wahai puteriku..
dengarlah rintihan hati bapamu
yang selalu risaukan dirimu
sentiasa memikirkan tentang dirimu
Puteriku
jagalah maruah dirimu
dan juga maruah ibu bapamu
yang sentiasa menyayangimu siang dan malam
yang sentiasa menerangi cahaya hidupmu
Puteriku
dikau telah pun dewasa
dikau telah pun pandai bermadah cinta
dikau telah pun pandai berdua-duaan
Bukan bapamu mahupun ibumu
ingin melarang dirimu
namun ingatlah puteriku
ibumu dan bapamu hanya ingin menjaga maruahmu
sebagai seorang insan bernama gadis..

548 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.