Perlukah Kita Popular???

Perlukah Kita Popular???

Assalammualaikum semua…hurm semalam semasa ana menonton rancangan showdown 2011, teringat kembali kepada kumpulan lama ana n9 soul breakerz , salah satu kumpulan dance yang tak popular dan selama-lamanya tidak popular kerana masing-masing sudah mengikut jalan yang ingin ditujui….

hurm kembali kepada tajuk kat atas sana tu, you all rasalah, perlukah setiap manusia kat dunia nie popular??? hurm tak kiralah dalam blog ke? dalam pejabat ke atau kampus sekali pun, mungkin ada yang cakap perlu dan mungkin juga yang merasakan tidakkan???

Namun best sangat ke populariti tu sampai ramai sanggup berhempas pulas melakukan apa sahaja asalkan mereka popular dan dikenali ramai. sanggupkah kita menjadi tumpuan ramai sehingga apa sahaja yang kita ingin lakukan diambil tahu oleh orang lain sehingga aktiviti kita terbatas tak kiralah bersama keluarga ataupun teman-teman kita???

Semua orang boleh popular, tak salah pun, tapi popular ada kalanya begitu baik dan adakalanya begitu banyak keburukan didalamnya. jangan pula mengeluh apabila kita dihina atau dikutuk orang kerana jeles dengan pencapaian kita ini…ingatlah biar kita mengejar populariti di akhirat daripada mengejar populariti di dunia, sebab popular di akhirat kekal abadi tapi popular didunia,bila kita mati, ada sapa-sapa nak ingat kita lagi???

941 total views, 2 views today

4 Replies to “Perlukah Kita Popular???”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This