Laporan Praktikal @ blog…

Laporan Praktikal @ blog…

Assalammualaikum semua….kalau nak tahu semua member ana yang mempunyai blog pasti akan bercerita mengenai praktikal diaorang untuk santapan member-member jadi ana pun terpanggil untuk membuat sedikit laporan praktikal ana sepanjang minggu lepas..boleh tak???

Seperti yang kebanyakan orang tahu,ana mula berpraktikal 7 Mac yang lepas..masuk-masuk ana je,kitaorang bertaaruf dan beramah mesra semua sebelum ana membuat kerja sendiri..tapi itupun tak lama sebab pukul 12 ana dah masuk meeting pertama dan mendapat task tentang perbezaan takaful ngan insuran…

Hari kedua ana kat sini,banyak sedikit kerjanya apabila mendapat task tentang ilustration dan juga pasal produk2 yang terdapat dalam skim family takaful..sehinggakan ana lebih tertarik mengenai takaful keluarga ini berbanding dengan general takaful….

Hari ketiga,bos tak ada sampailah hari jumaat…bos pergi Klang ada urusan bisnes,bosan tu bosan ngaklah sebab tak ada kerja langsung..mujurlah ada staff nie bagi ana kerja dan tunjuk ajar sedikit tentang tajaful nie,kira tak adalah bosan sangatkan???

Hari keempat ana,ana cuma buat inlustration dan cuba memantapkan skill mengenai marketing,sebab bidang nie memerlukan kreativiti kita untuk mencari peserta bagi skim takaful ini…pastu ana study sedikit pasal takaful ini kerana ada exam esok….

Hari kelima,iaitu jumaat lepas ana membuat brochure yang paling ringkas untuk kefahaman ana dan juga customer…sebelum ana pergi menunaikan sembahyang jumaat,kerja ana adalah meletakkan brochure di cermin kereta tetapi tak dapat dilaksanakan kerana hujan lebat…

Sampai sini jelah aktiviti ana minggu lepas…ana tetap happy melaksanakan kerja ini kerana agak mudah untuk dilaksanakan selain dapat tunjuk ajar dari staff yang sporting gila-gila..oklah ana chow sulu,nak sambung kerja..chow cincau dulu…

540 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This