Wajibkan daftar Pemilih????

Assalammualaikum semua,kenapa dengan ana nie??? Pagi-pagi  dah cerita pasal daftar pemilih untuk pilihan raya akan datang nie??? Untuk pengetahuan mereka yang tak tahu lagilah, hari nie kat UITM ada membuat satu forum mengenai daftar pemilih nie yang bertajuk wajarkah wajibkan rakyat untuk daftar mengundi…
Mengikut kajian mereka yang mendaftar mengundi sekarang ini adalah 11 juta ++ manakala yang dah layak untu mendaftar tapi belum membuat sedemikian adalah seramai 4 juta ++….ramai lagi tu..hehehe…ana pun belum daftar ngak sebab bulan 4 nanti baru genap 21 tahun…hahaha….
Tapikan pada pendapat ana rakyat malas nak keluar mengundi sebab mereka merasakan tiada satu pun parti politik yang bagus??? Yeke…rasanya ada je Cuma kita tak tahu mana satu pilihan kitakan??? Kalau di wajibkan pun tak ada gunanya bagi ana sebab orang daftar untuk mengundi tapi tak keluar mengundi….sama je kan jalan ceritanya..betul tak???
Kalau boleh, bagilah mereka yang dah layak mengundi nie bebas bersuara terutama mahasiswa…sekarang nie mahasisiwa agak sukar untuk mengutarakan pendapat dan pandangan mereka kerana terikat di bawah undang-undang AUKU sendiri….sedangkan rakan sebaya mereka yang belajar di luar Negara bebas mengutarakan pendapat dan terlibat dengan kelab parti biru pekat….tapi kat Malaysia???
Ingatlah mahasiswa adalah bakal pemimpin pada masa akan datang. Jika pandangan dan teguran mereka tidak di ambil kira,sudah pasti ramai mahasiswa dan rakyat Malaysia sendiri enggan keluar mengundi pada masa akan datang….renung-renungkanlah???
p/s  ini hanya pendapat ana sahaja tau… tak ada kena mengena antara yang hidup dan mati….

568 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “Wajibkan daftar Pemilih????

  • 11/02/2011 at 8:35 AM
    Permalink

    tapi mslhnya kalau diberi peluang..
    nanti takut jadi rusuhan macam negara luar??
    tak mo la perang sana perang sini…
    tapi jom2!
    pakat mengundi..
    kita undi mana yang betul jekw!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.