Ibu…Ayah…Nantikan kepulangan Puteramu ini…

Ibu…Ayah…Nantikan kepulangan Puteramu ini…

Assalammualaikum semua..selamat pagi,excited gila-gila ana pagi nie..hehehe,kalau you all baca tajuk kat atas pun you all tentu dah tau kan sebab apa ana excited sangat-sangat hari nie…siapa tak sayang ibu dan bapa mereka,betul tak??? lagipun syurga di bawah tapak kaki ibu dan kasih yang membawa kebahagiaan di dunia adalah kasihnya seorang ayah….

Paling ana tak sabar sekali nak balik nie ialah nak makan tempe masak sambal dan juga ikan keli masak lomak cili api…sooodap seh…dah lamo rasonya den tak makan masak lomak nie..kat KUIS memang je ada tapi tak power lah macam ibu ana yang masak,gerenti sampai jilat kaki lah ana cakap sama lu…

Lepas tu ana nak pergi jeti kat kampung ana,nak tengok permandangan Port dickson dari situ sambil menjerit tak sedar diri kat situ..hehehe,bagi hilangkan tensen sikit…barulah tenang jiwa nie yang selama ini diselubungi oleh emosi yang menerkam jiwa….

Hurm oklah,ana stop dululah,ana banyak lagi nak kemas barang nie..ada sapa-sapa sudi tolong ana tak kemas barang nie,kalau ada baguslah leh ana jadi bos jap..hehehe…pape pun kepada mereka yang pulang ke kampung halaman hari nie,berhati-hati di jaln raya,jangan ghairah sangat tau…ingatlah insan yang korang sayang tu….oklah chow cincau dulu…

573 total views, 2 views today

3 Replies to “Ibu…Ayah…Nantikan kepulangan Puteramu ini…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This