Jom Poie Masjid…..

Jom Poie Masjid…..

Assalammualaikum semua readers….hari ini nak bagi tazkirah maghrib lah ea?? harap anda semua bolehlah baca blog ini dan mengambil pengajaran di dalam cerita yang nak ana ceritakan pada malam ini..hehehe, cerita di tujukan kaum adam yang memang di wajibkan ke Masjid…cerita ini berlaku pada zaman pada zaman sahabat.. harap dapatlah kita hayati bersama….

ceritanya berbunyi begini…..

Menjelang Maghrib, seorang saudara terbongkok2 dgn
tongkatnya menuju ke masjid. Beberapa kali dia hampir terjatuh.. 
tetapi sempat dikawal  menggunakan tongkatnya. 
Berhampiran di pintu masjid, saudara tersebut tersadung batu sehingga  tubuhnya
terhuyung-hayang ke depan. 
‘untunglah’ seorang pemuda yang kebetulan berada disitu sempat
memegang bahu saudara tersebut sehingga dia tidak jatuh.
kemudiannya  pemuda tersebut menuntun saudara tersebut sampai ke pintu  masjid.
Selesai solat, lelaki tua tadi baru menyedari bahawa pemuda yang membantunya sebentar tadi tidak turut solat berjemaah.
Dilihatnya pemuda tersebut duduk termenung di pintu masjid tanpa melakukan apa2  pun.  
“wahai pemuda, kamu sudah membantuku menuju ke masjid,
 tetapi  mengapa kamu sendiri tidak solat?” tanya lelaki tua
sambil menghampiri pemuda itu. “saya tidak mungkin solat pakcik…
 saya anak  iblis..”
 Lelaki tua tersebut t’peranjat, tetapi dia masih mencuba bertanya, “
 kalau kamu anak iblis, kenapa kamu b’usaha menolongku ketika aku hampir jatuh?”
“Ayahku sudah lama perhatikanmu. Ia sgt marah kerana
setiap kali kamu t’huyung-hayang… dilihatnya dosa-dosamu berguguran.
Ketika kamu hampir jatuh, ayahku takut dosamu akan habis sama
sekali, sehingga disuruhnya aku membantumu berjalan menuju ke masjid”…

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa ini…Jakzakallah Khairan….

469 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This