taubat penghapus dosa

taubat penghapus dosa

Assalammualaikum semua….hari ini ana nak kongsi cerita pengajaran yang pernah berlaku pada zaman nabi untuk kita jadikan ikhtibar bagi yang masih hidup inikan…manalah tahu kita akan hidup sampai bila?? dan bila2 masa je kita akan di jemput untuk mengadap Allah……


ceritanya berbunyi begini….

Pada suatu hari, Khalifah Umar ibni Khattab berjalan-jalan di lorong-lorong dalam kota Madinah. Apabila sampai di persimpangan jalan,beliau terserempak dengan seorang pemuda yang membawa kendi. Ini 
menimbulkan sangkaan buruk Umar terhadap pemuda itu. Lantas Umar menyoal, “Apa yang engkau bawa itu?” Dalam keadaan ketakutan pemuda itu terketar-ketar menjawab, “Madu, wahai Umar..” Sebenarnya pemuda itu sedang membawa kendi arak. 



Selepas berkata demikian, timbul perasaan insaf di hatinya untuk bertaubat dari minum arak. Dia menyesal melakukan perbuatan yang ditegah agama. Dia benar-benar berharap sambil berdoa supaya Khalifah 
Umar tidak memeriksa isi kendi itu. Namun Khalifah Umar tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pemuda itu; lalu mengambil kendi itu untuk diperiksa. 



Doa pemuda itu dikabulkan Allah. Apabila diperiksa, Baginda Umar dapati di dalamnya terdapat madu. Allah menukarkan arak menjadi madu. Dengan demikian pemuda itu terselamat dari tindakan Khalifah. Semenjak peristiwa itu, pemuda itu bertaubat dan berjanji tidak akan meminum arak lagi.


Demikianlah cerita pengajaran yang pernah berlaku…semoga kita mengampil kesempatan yang ada ini dengan sebaiknya dengan bertaubat sebenar-benar taubat kepadanya agar kita akan mendapat kebahagiaan di sana kelak…Jakzakallah khairan

410 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This